Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lee Suet Fern didapati bersalah berkelakuan tidak profesional dalam tangani wasiat terakhir LKY

Feb 23, 2020 | 11:45 AM



SATU Tribunal Disiplin mendapati peguam terkemuka Lee Suet Fern tidak berlaku sewajarnya secara profesional semasa menangani wasiat terakhir Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.

Tindakannya cukup serius sehingga hal ini akan dirujukkan kepada Mahkamah Tiga Hakim, iaitu badan disiplin tertinggi yang menangani salah laku peguam.

Jika didapati bersalah, Cik Lee, 61 tahun, boleh didenda, digantung khidmatnya atau dilarang bertindak sebagai peguam, lapor akhbar The Straits Times.

Cik Lee juga merupakan isteri anak bongsu Encik Lee Kuan Yew, iaitu Encik Lee Hsien Yang.

Tribunal disiplin yang dilantik Ketua Hakim Sundaresh Menon menyifatkan Cik Lee sebagai saksi yang licik, yang mengubah bukti untuk memaparkan dirinya sebagai mangsa yang tidak bersalah dan telah diburuk-burukkan.

Menurut tribunal itu, ini sekadar satu kepura-puraan sahaja.

Tambah mereka, Encik Lee Hsien Yang juga bersikap licik.

Dalam satu laporan 206 halaman, mereka berkata:

“Beliau cuba menyembunyikan bagaimana beliau dan isterinya telah mengelirukan bapa mereka sendiri berhubung wasiat terakhirnya.

“Beliau tidak ragu-ragu mencipta bukti... dan kami mendapatinya meragukan tentang bercakap benar.”

Hal ini tertumpu pada peranan Cik Lee semasa menyiapkan dan melaksanakan wasiat terakhir Encik Lee Kuan Yew yang ditandatangni pada 17 Disember 2013.

Encik Lee Kuan Yew meninggal dunia pada 23 Mac 2015, pada usia 91 tahun.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >