Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Leftenan Iffa penuhi aspirasi jadi pegawai tentera laut S'pura

Dec 11, 2022 | 05:30 AM



SEMALAM adalah hari amat istimewa buat Leftenan Iffa Daniesha Mohamad Raihan Hafidz.



Wanita berhati waja berusia 24 tahun ini bukan sahaja berjaya menamatkan latihan selama 38 minggu yang cukup menjerihkan di Sekolah Pegawai Kadet (OCS), tetapi lebih bermakna lagi, menjadi wanita Melayu pertama dilantik sebagai pegawai tentera laut Singapura.



Leftenan Iffa merupakan salah seorang daripada 407 Pegawai Kadet Pelatih (OCT) yang menyertai Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet di Institut Tentera Safti, di Upper Jurong Road, semalam.



Ia diserikan dengan kehadiran Presiden Halimah Yacob sebagai tetamu terhormat.



Diminta mengulas tentang pentauliahan Leftenan Iffa itu, Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Zaqy Mohamed, "melahirkan rasa gembira dan bangga atas pencapaiannya, dan saya mendoakan yang terbaik untuk beliau dan semua graduan hari ini dalam perjalanan kepimpinan mereka.



Enzik Zaqy menambah: "Beliau beroleh semangat daripada bapanya untuk berkhidmat, dan memilih menandatangani dengan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) untuk berbakti kepada negara.



Gadis ini dibesarkan dengan 'inspirasi' kisah kerjaya bapanya yang berkhidmat bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) selama 25 tahun - tentang apa yang bapanya lakukan dalam membantu orang lain.



"Sejak itu saya memahami nilai perkhidmatan kepada keluarga, rakan dan negara," katanya.



Setelah tamat pengajian sarjana muda di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam Ijazah Linguistik dan Pengajian Pelbagai Bahasa, dan mengikuti bidang dalam Dasar Awam dan Program Hal Ehwal Global tahun lalu, beliau terdorong menyumbang kepada tujuan yang lebih besar.



"Saya mendapati bahawa Tentera Laut adalah peluang di mana saya boleh didedahkan kepada agensi maritim antarabangsa dan berinteraksi dengan rakan sejawat tentera laut asing," tambahnya yang berkongsi antara sebab beliau memutuskan menyertai Tentera Laut.



"Tiga bulan pertama adalah sangat penting bagi saya untuk memahami asas tentang operasi Tentera Laut dan apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pegawai," ujarnya yang telah dihantar ke Pusat Latihan Laut Pertengahan (MTSD) selama sebulan untuk mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari di OCS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >