Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Leftenan NS SCDF ingin terus curah khidmat terbaik

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



LEFTENAN (LTA)(NS) Mohamed Ibrahim Musa Mohamed Iqbal masih boleh menceritakan pengalaman pertamanya memberi respon kepada kemalangan jalan raya seolah-olah ia baru sahaja berlaku.



Baru tamat latihannya sebagai anggota bomba ketika itu tanpa sebarang pengalaman terdahulu, beliau dikerah membantu dalam satu kemalangan jalan raya serius yang berlaku di Bukit Panjang.



Malangnya, kemalangan tersebut melibatkan kematian pemandu kereta yang terlibat.



"Kita memang sudah belajar cara menggunakan alat yang sesuai dan cara betul untuk keluarkan mangsa, tapi bila perkara sedemikian berlaku, kita tak dapat kawal suasana di sekitarnya.



"Jadi bila saya sedang melakukan apa yang patut, dah lah saya tak berpengalaman ketika itu dan itu merupakan kemalangan jalan raya pertama yang perlu saya tangani, saya agak tertekan dan pada satu ketika itu, saya beku sekejap," ceritanya, 37 tahun.



Menjelaskan lebih lanjut, LTA Ibrahim berkata beliau tergamam kerana ia merupakan kali pertama beliau perlu berdepan dengan mayat.



Setelah kejadian tersebut, banyak lagi tragedi melibatkan mangsa meninggal dunia yang perlu ditanganinya sepanjang beliau berkhidmat dengan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk perkhidmatan negara (NS).



"Saya rasa ia bukan sesuatu yang akan membuat anda terbiasa walau berapa banyak kemalangan yang perlu anda uruskan.



"Saya masih belum mengganggapnya sesuatu yang normal, tapi dengan lebih banyak pengalaman, saya lebih tahu menguruskannya dengan sempurna," kata beliau, yang menjalani NS sepenuh masa di Balai Bomba Bukit Batok antara 2006 dengan 2008.



Kini berpangkat leftenan, bapa empat orang anak itu memegang jawatan sebagai Timbalan Komander Kompeni, Unit Perlindungan dan Ketahanan Awam 13A.



Meskipun bukan pegawai SCDF sepenuh masa, LTA (NS) Ibrahim berkata, beliau tetap mahu memberikan yang terbaik setiap kali dipanggil balik untuk berkhidmat.



Kata beliau, yang bertugas sebagai pegawai kesihatan, keselamatan dan sekitaran dalam industri bangunan dan pembinaan:



"Saya rasa memang sudah sebahagian darah daging saya untuk mahu melakukan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan.



"Lagipun, saya fikir, jika saya perlu menjadi ketua kepada pasukan saya dan saya perlu suruh mereka buat yang terbaik, lulus IPPT (Ujian Kecekapan Fizikal Individu) dan sebagainya, saya sebagai ketua juga perlu menunjukkan contoh yang baik."



Pada 22 Julai lalu, LTA Ibrahim merupakan antara 350 Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (ORNS) SCDF yang hadir bagi majlis perjumpaan SCDF sempena ulang tahun ke-55 NS atau NS55 yang diadakan di HomeTeam NS Khatib.



Semasa majlis tersebut, seramai 49 ORNS SCDF yang telah berkhidmat sebagai pemegang jawatan NS selama 10 tahun atau lebih telah diiktiraf atas sumbangan mereka.




"Saya rasa memang sudah sebahagian darah daging saya untuk mahu melakukan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan."
- Leftenan (LTA)(NS) Mohamed Ibrahim Musa Mohamed Iqbal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >