Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lega COE motosikal dah turun

COE
May 08, 2023 | 05:30 AM



MENUNGGANG motosikal Kawasaki ZZR1400 1400cc, menurut Encik Mohammad Herman Harun, tidak sesuai bagi perjalanan harian di bandar seperti Singapura.



Beliau, 47 tahun, pernah terfikir mendapatkan motosikal baru, namun harga yang tinggi sebelum ini menghalangnya berbuat demikian.



Mengalu-alukan perununan premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) baru-baru ini, beliau kini giat mencari motosikal lebih sesuai.



"Apabila saya menunggang motor untuk perjalanan harian di bandar seperti Singapura, ia memakai minyak yang banyak dan tidak begitu menjimatkan.



"Jika dapat motosikal yang lebih kecil, saya boleh berjimat kerana tidak memerlukan terlalu banyak minyak untuk melakukan perjalanan yang sama," kata Encik Herman, pengasas bersama The Muscle Lab yang menawarkan khidmat urut sukan.



Beliau antara salah seorang peminat motosikal yang melahirkan kegembiraan dengan penurunan premium COE terbaru.



COE bagi motosikal menjunam sebanyak 58.9 peratus ke paras $5,002 dalam tender terkini pada Khamis, menyusuli langkah-langkah baru bagi mengekang spekulasi.



Penurunan ini telah memberi kelegaan kepada sebilangan besar peminat motosikal yang telah lama bimbang tentang harga yang melambung akibat spekulasi peniaga.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >