Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lega dapat jalankan perniagaan makanan halal di negara sendiri

Dec 07, 2020 | 05:30 AM



WALAUPUN beliau telah mempunyai peluang untuk bekerja di restoran bertaraf dunia di luar negara seperti Perancis dan Dubai serta restoran tempatan, menurut Encik Muhd Shah Indra, restoran-restoran demikian tidak semestinya tempat yang menawarkan makanan yang halal.



Justeru, dengan niat mempunyai wadah tersendiri untuk menjual makanan gourmet yang halal, beliau kemudian memulakan perniagaannya, Burgs, di pusat penjaja pada 2017, dengan menjual burger gourmet.



Kini, perniagaan itu telah berkembang ke empat cawangan lain, walaupun gerai asal di Golden Mile telah ditutup.



Menurut Encik Indra, 28 tahun, beliau memulakan perniagaannya itu sebagai memenuhi tanggungjawab.



"Dulu ada tempat makan yang saya pernah bekerja di luar negara dan di Singapura, yang tidak halal.



"Jadi, saya selalu memikirkan untuk memulakan satu perniagaan makanan yang halal. Tetapi, pada masa itu, ketika saya di luar negara, saya tidak dapat melakukan demikian. Jadi, apa yang saya telah lakukan adalah belajar sebanyak mungkin dan mendapatkan pengalaman," kata beliau, yang sebelum ini telah bekerja di La Pyramide, sebuah restoran dua bintang Michelin di Vienne di Perancis.



Pekerjaan tersebut merupakan sebahagian daripada syarat latihan amali tahun akhir bagi kursus Diploma Teknikal Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dalam Seni Kulinari.



Walaupun pengetahuan perniagaan yang beliau miliki agak berlainan dengan latihan yang beliau telah jalani semasa di sekolah dan semasa latihan amalinya, pengasas bersama Project Warung Pte Ltd itu berkata ia telah banyak membantunya menjalankan operasi dengan lebih baik.



"Pensyarah di sekolah saya telah melakukan yang terbaik untuk menyampaikan kemahiran dan pengetahuan kepada kami.



"Namun, pengetahuan asas memasak yang saya sudah ada, sudah tentu mengajar saya bagaimana untuk mereka masakan baru dan makanan gandingannya.



"Selain itu, secara tidak sengaja, saya juga telah mempelajari bagaimana untuk menguruskan masa saya dengan baik dan mengutamakan perkara yang perlu diuruskan serta meningkatkan kemahiran untuk menguruskan perniagaan.



"Ini juga adalah perkara yang penting untuk memulakan sebuah perniagaan," ujar beliau, yang juga mempunyai pensijilan Nitec dalam Seni Kulinari Barat dari ITE.



Encik Indra merupakan antara pelajar perintis yang telah mendaftar dalam program diploma teknikal itu, yang dimulakan pada 2011, dan menghasilkan ramai cef dan pemilik perniagaan yang berjaya.



Menurut beliau, Project Warung Pte Ltd baru-baru ini telah melancarkan perniagaan makanan baru, Birdhaus, yang menawarkan ayam goreng.



Mengulas mengenai pembukaan perniagaan baru itu, beliau menambah bahawa beliau merancang untuk mempunyai lebih banyak jenama yang berlainan di bawah Project Warung Pte Ltd dan berharap orang ramai dapat terus menyokong perniagaan tempatan seperti yang beliau usahakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >