Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

'Legend' bola sepak agih bubur sambil sebar mesej antidadah

Mar 25, 2023 | 05:30 AM



BERSARA daripada bermain bola sepak secara profesional tidak mematahkan semangat sekumpulan bekas pemain untuk terus mendekati masyarakat, apatah lagi dalam melakukan kerja amal sempena Ramadan ini.



Pada hujung minggu pertama berpuasa ini, Geylang International akan mengagihkan 400 mangkuk bubur, kepada orang ramai di kawasan Kampong Glam Cafe sambil menyebarkan mesej kempen antidadah, 'Dadah itu Haram'.



Turut menghadiri acara itu Ahad ini di Kampong Glam Cafe di Bussorah Street ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Pengagihan bubur itu akan dilaksanakan oleh beberapa bekas pemain bola sepak yang juga merupakan jawatankuasa Geylang International misalnya Bashir Khan, Dalis Supait, E. Manimohan dan Samsudin Rahmat.



Bercakap kepada Berita Harian (BH), Samsudin yang menyelaras usaha itu berkata: "Sejak bersara daripada dunia bola sepak, kami ingin menghulurkan bantuan dan buat kerja amal.



"Justeru pada bulan mulia ini, kami akan mengagihkan bubur Ramadan kepada semua, tidak kira bangsa atau agama.



"Memandangkan bulan ini bulan yang baik untuk beramal, kami telah membuat keputusan untuk memberikan bubur Ramadan."



Ini merupakan tahun kedua Geylang International melakukan acara pengagihan bubur ini dan mereka berharap ia akan menjadi tradisi tahunan setiap Ramadan.



Bashir Khan, yang juga merupakan pemilik Kampong Glam Cafe juga bergembira untuk menyediakan ruang dan terlibat juga dalam acara amal ini.



Bubur Ramadan yang akan diagihkan itu telah ditaja sepenuhnya oleh syarikat TravelConnect.sg, yang terletak di 99 Arab Street.



Geylang International turut berterima kasih kepada TravelConnect.sg atas sumbangan mereka.



Pada Ahad ini, ketua pegawai eksekutif TravelConnect.sg, Encik Zaini Abdullah juga akan menyampaikan cek bernilai $28,888 kepada badan tidak mencari untung (NPO), Vision 21, untuk membantu usaha-usaha Vision 21 pada masa akan datang.




"Sejak bersara daripada dunia bola sepak, kami ingin menghulurkan bantuan dan buat kerja amal. Justeru pada bulan mulia ini, kami akan mengagihkan bubur Ramadan kepada semua, tidak kira bangsa atau agama."
- Bekas pemain bola sepak Geylang International, Samsudin Rahmat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >