SEORANG lelaki berusia 60-an tahun, dibawa ke hospital kerana terhidu asap selepas sebuah unit flat mengalami kebakaran di Blok 120,Marsiling Rise.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan berkenaan kebakaran itu pada sekitar 2.35 petang semalam.
Sebentar kemudian, SCDF berkata anggota bomba memasuki flat tersebut secara memaksa dan memadamkan api dengan menggunakan dua jet air.
Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), SCDF berkata kebakaran itu melibatkan barang di ruang tamu unit perumahan itu.
Sekitar 80 orang daripada unit berdekatan dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Siasatan sedang berterusan mengenai punca kebakaran itu.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul
1/3
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Lelaki, 60-an tahun, dibawa ke hospital selepas kebakaran di flat Marsiling
Oct 04, 2022 | 08:24 PM