Lelaki 62 tahun maut lepas basikal elektrik berlanggar dengan lori

SEORANG lelaki berusia 62 tahun meninggal dunia selepas basikal elektriknya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori jongket di Cecil Street arah Collyer Quay pada pagi Jumaat (18 Nov).

Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik, dan pemandu lori itu, 62 tahun, ditangkap kerana menyebabkan kematian dengan tindakan cuai, kata polis.

Siasatan sedang dijalankan.

Sebuah video tempat kejadian selepas kemalangan itu disiarkan di laman Facebook masyarakat keselamatan jalan raya Roads.sg.

Pada Oktober, Encik Ang Yee Fong, 25 tahun, dan Encik Ong Zi Quan, 18 tahun, meninggal dunia selepas berlanggar dengan sebuah treler semasa menunggang basikal elektrik dekat simpang Pandan Crescent di Ekspreswe West Coast.

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:13
Maghrib
6:51
Isyak
8:04
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.