Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 84 tahun antara 9 lelaki bakal didakwa atas tuduhan cabul kehormatan

Jul 11, 2019 | 11:10 AM



SERAMAI sembilan lelaki, termasuk seorang lelaki berusia 84 tahun, bakal didakwa di mahkamah dalam kejadian mencabul kehormatan berbeza. 

Kes-kes tersebut, yang melibatkan suspek yang berusia antara 26 hingga 84 tahun, dilaporkan antara November dan Mei tahun ini, menurut polis semalam. 


Pada 8 November lalu, seorang wanita berusia 20 tahun melaporkan beliau dicabul seorang lelaki berusia 42 tahun dalam bas awam semasa di Thomson Road. 


Pada 8 Disember tahun lalu, seorang wanita berusia 25 tahun melaporkan beliau dicabul oleh seorang lelaki berusia 28 tahun di kedai di Orchard Road. 


Pada 24 Februari, seorang wanita berusia 24 tahun melaporkan beliau dicabul seorang lelaki berusia 50 tahun di Choa Chu Kang Avenue 4. 


Sementara itu pada 5 Mac, seorang wanita berusia 22 tahun melaporkan beliau dicabul oleh seorang lelaki berusia 37 tahun dalam dua kejadian di stesen MRT Ang Mo Kio. Insiden itu berlaku Disember tahun lalu dan Januari tahun ini. 


Pada 13 Mac, seorang wanita berusia 40 tahun melaporkan beliau dicabul oleh seorang lelaki berusia 32 tahun sepanjang Woodlands Avenue 6. 


Pada 28 Mac, seorang wanita berusia 22 tahun melaporkan beliau dicabul oleh seorang lelaki berusia 26 tahun di Orchard Road. 


Pada 12 Mei pula, seorang wanita 46 tahun melaporkan beliau dicabul oleh seorang lelaki berusia 84 tahun di jejantas Upper Cross Street. 


Pada 13 Mei pula, seorang wanita 31 tahun melaporkan beliau dicabul oleh seorang lelaki berusia 55 tahun atas kereta api di laluan Utara Timur semasa dalam perjalanan dari stesen MRT Boon Keng ke stesen MRT Dhoby Ghaut. 


Pada 28 Mei, seorang wanita berusia 40 tahun melaporkan beliau dicabul oleh seorang lelaki berusia 33 tahun sepanjang Woodlands Avenue 6. 


Sesiapa yang didapati bersalah mencabul kehormatan boleh dipenjara sehingga dua tahun dan akan didenda, dirotan atau dikenakan semua hukuman tersebut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >