Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ambil $700,000 produk kecantikan SK-II dari majikan dan jual untuk bayar hutang peribadi $1 juta

May 02, 2023 | 06:11 PM



SEORANG penyelia gudang yang menanggung hutang $1 juta daripada perjudian dan perbelanjaan lain menyeleweng hampir $700,000 dalam produk kecantikan SK-II daripada majikannya dan menjual barangan itu kepada dua penjual dalam talian.


Foo You Ann menerima sehingga $250,000 daripada dua individu tersebut. Butiran mereka tidak disebut dalam dokumen mahkamah.


Lelaki berusia 50 tahun itu dijatuhi hukuman penjara empat tahun enam bulan pada Selasa selepas dia mengaku bersalah atas satu tuduhan pecah amanah jenayah.


Pada masa kesalahan itu, Foo bekerja bersama Luxury Ventures (Beauty) dan ditempatkan di Sentosa Gateway, di mana dia bertanggungjawab menerima barangan daripada pembekal sebelum menghantarnya ke kedai.


Pihak pendakwa raya berkata Foo telah meminjam $1 juta pada September 2022 selepas kehilangan wang akibat perjudian dan daripada aktiviti lain.


Terdesak untuk membayar hutangnya, Foo merancang menyalahgunakan sebilangan barang daripada gudang untuk menjualnya dan meraih wang.


Dia menghubungi dua individu yang menjual produk kecantikan secara dalam talian dan bertanya sama ada mereka mahukan produk SK-II.


Mereka bersetuju membeli barangan itu menggunakan wang tunai dan pindahan wang melalui bank.


Dia mengakui menerima kira-kira $150,000 hingga $250,000 secara keseluruhan daripada dua pembeli itu.

Pendakwa raya berkata Foo telah ditangkap sebelum dia boleh menghantar produk itu.


Bagi jenayah pecah amanah, dia boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >