Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dengan pedang samurai di tempat awam diberkas

Oct 30, 2023 | 03:58 PM



Seorang lelaki yang menyiarkan video dirinya membawa sebilah pedang samurai di tempat awam, diberkas di rumahnya dalam satu serbuan polis.

Dalam serbuan itu, polis turut menemui senjata lain dan peralatan dadah di flat itu, lapor The Straits Times.


Joel Ezekiel, 49 tahun, didakwa pada Isnin atas satu pertuduhan memiliki ‘knuckle duster’ (besi yang dipakai di atas buku jari).

Menurut dokumen mahkamah, dia ditemui memiliki senjata itu sekitar 7.30 malam di sebuah blok di York Hill, di kawasan Outram Park.

Dalam satu kenyataannya pada Ahad, polis berkata lelaki dalam video itu kini turut disiasat atas kesalahan berkaitan dadah oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).

Pada 28 Oktober lalu, polis menerima laporan mengenai satu video di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki membawa sebilah pedang samurai di tempat awam.

Video itu dimuat naik ke laman media sosial lelaki itu sendiri.

Dalam tempoh dua jam selepas laporan itu, pegawai polis mengenal pasti lelaki itu dan menyerbu rumahnya di York Hill, dan menemui dan merampas beberapa senjata terkawal dan peralatan dadah.

Menurut Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya, senjata terkawal merujuk kepada senjata berbahaya, termasuk pisau jentik, ‘knuckle duster’ dan pedang.

Senjata yang ditemui dan dirampas itu termasuk pedang samurai, pisau lipat, ‘knuckle duster’ dan pisau jentik.

Lelaki itu kemudian ditahan di rumahnya.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dipenjara sehingga lima tahun dan dirotan.
Dia ditawarkan ikat jamin $15,000. Kes itu dijangka didengar lagi pada 20 November ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >