Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas; acu pisau di leher wanita dalam insiden di Yishun

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 42 tahun ditahan pagi semalam selepas menggunakan pisau untuk menyerang seorang wanita berusia 60 tahun di Yishun.



Pisau tersebut turut dirampas, kata polis.



Dalam satu sidang media petang semalam di Divisyen Polis Woodlands, polis berkata wanita itu berada di Blok 108 Yishun Ring Road ketika lelaki itu mendekatinya.



Lelaki itu kemudian menarik wanita itu kira-kira 50 meter ke arah Blok 110 Yishun Ring Road sambil mengacukan pisau di lehernya.



Polis berkata mereka menjawab panggilan bantuan sekitar 7.36 pagi di Yishun Ring Road. Mereka tiba pada 7.44 pagi untuk berunding dengan lelaki itu.



Pegawai daripada Pasukan Respons Kecemasan (ERT) Pasukan Polis Singapura (SPF) kemudian tiba di tempat kejadian memakai jaket kalis peluru dan bersenjata senapang.



ERT adalah unit taktikal khusus yang dilengkapi dengan kemahiran taktikal untuk bertindak balas terhadap serangan pengganas, dan kes yang melibatkan senjata api dan senjata berbahaya, seperti pisau.



Kira-kira 10 anggota polis berada di tempat kejadian.



Dalam sidang akhbar itu, Penolong Pesuruhjaya Polis (AC) Encik Ang Eng Seng, yang juga Komander Divisyen Polis Woodlands menjelaskan bahawa pegawai ERT menilai keadaan dan mendapati satu peluang untuk menahan lelaki itu.



Dalam satu video yang dimuatkan ke Facebook, pegawai boleh dilihat meluru ke arah lelaki itu sebelum menjatuhkannya. Seorang awam yang berada di tempat kejadian dilihat cuba membantu polis.



Wanita itu mengalami kecederaan ringan di dagunya, tetapi enggan dibawa ke hospital, kata polis. Encik Ang berkata kecederaan itu disebabkan pergelutan dengan lelaki itu dan bukan disebabkan pisau.



"Pegawai polis dari Divisyen Woodlands bertindak balas dengan cepat dan tindakan tegas mereka membawa kepada penyelesaian yang pantas," kata Encik Ang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >