Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas cederakan dua individu, cuba serang remaja

Jan 02, 2023 | 05:30 AM



SEORANG lelaki dipercayai mencederakan dua individu dan cuba menyerang seorang lagi remaja di Jurong East kelmarin tetapi gagal berbuat demikian telah ditangkap dan akan diheret ke mahkamah hari ini.



Dalam kenyataannya, polis berkata pihaknya telah menangkap seorang lelaki, 36 tahun, kerana disyaki terlibat dalam satu kes menyebabkan kecederaan secara sengaja dengan menggunakan senjata merbahaya.



Pada 31 Disember, polis berkata ia menerima beberapa panggilan pada 4.45 petang berkenaan seorang lelaki yang dikatakan mencederakan dua lelaki di kawasan Blok 372 Jurong East Avenue 1.



Siasatan awal mendapati bahawa suspek berada di kawasan 337 Jurong East Avenue 1 dan mendekati mangsa pertama, seorang lelaki berusia 44 tahun dan menumbuknya beberapa kali.



Kemudian, dia mendekati seorang lagi lelaki berusia 47 tahun di kawasan Blok 339 Jurong East Avenue 1 dan memukul bahu kanannya dengan sebilah gunting.



Suspek mendekati seorang lagi remaja berusia 15 tahun, namun remaja itu dapat melarikan diri tanpa sebarang kecederaan dan menelefon polis.



"Lelaki, 44 tahun itu mengalami kecederaan namun menolak tawaran untuk dibawa ke hospital, manakala lelaki, 47 tahun itu dibawa ke hospital dengan keadaan sedarkan diri," kata polis.



Kesemua tiga mangsa tidak diketahui suspek, tambah polis.



Polis berkata dengan bantuan orang umum serta kamera polis, pegawai dari Divisyen Clementi dapat mengenal pasti identiti suspek dan menangkapnya pada hari yang sama di Jurong East Avenue 1.



"Penangkapannya dibuat tiga jam selepas menerima laporan," kata polis.



Gunting yang dipercayai digunakan oleh suspek semasa kejadian itu turut dirampas dan siasatan sedang dijalankan.



Jika didapati bersalah, lelaki itu boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda, dan dirotan atau ampuran denda-denda tersebut.



Polis berkata ia akan meminta agar perintah mahkamah dikeluarkan supaya suspek direman di Institut Kesihatan Mental.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >