Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas selepas pekerja maut punggah keluli

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 45 tahun telah ditahan kerana menyebabkan kematian akibat perbuatan cuai selepas seorang pekerja meninggal dunia kelmarin ketika memunggah batang keluli di satu tapak pembinaan kondominium eksekutif di Tengah.



Ini adalah kematian ke-44 berkaitan kerja tahun ini, jumlah tertinggi sejak 2017, apabila terdapat 42 kematian sedemikian.



Menjawab pertanyaan, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata kemalangan maut di tempat kerja kelmarin itu berlaku di Tengah Garden Avenue di tapak pembinaan yang dibangunkan oleh Taurus Properties SG.



Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar 4.35 petang kelmarin.



MOM dimaklumkan sekitar 20 minit kemudian.



MOM berkata pekerja itu, seorang warga India berusia 32 tahun, sedang memunggah batang keluli dari lori kren bersama rakan sekerjanya apabila bum kren itu jatuh, menghempap pekerja dan menyepitnya pada lori.



Pekerja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik SCDF.



Jurucakap polis berkata seorang lelaki berusia 45 tahun kemudiannya ditahan.



Tidak jelas apa hubungannya dengan pekerja yang meninggal dunia itu.



Siasatan ke atas kemalangan itu sedang dijalankan.



MOM telah mengarahkan Woh Hup, penghuni tapak dan majikan pekerja, untuk menghentikan semua operasi mengangkat yang melibatkan lori kren.



Ia berkata bahawa sebagai peraturan keselamatan am, kakitangan tidak boleh berdiri di bawah semasa operasi mengangkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >