Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa bunuh anak di perhentian bas Marsiling Lane

Jan 24, 2020 | 02:18 PM



SEORANG lelaki 63 tahun didakwa Jumaat (24 Jan) atas satu tuduhan cuba membunuh anak perempuannya sendiri awal bulan ini.


Warga Malaysia Shoo Ah San dituduh membuat kesalahan tersebut terhadap Cik Shoo Suet Lian, 41 tahun.


Menurut dokumen mahkamah, dia didakwa menggunakan pisau untuk menikam belakang dan dada anaknya di perhentian bas Marsiling Lane sekitar 5 pagi pada 17 Januari.


Pihak polis diberitahu mengenai kejadian tersebut beberapa minit selepas itu dan pegawai polis menemuinya cedera di tempat kejadian.


Cik Shoo dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat.


Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Divisyen Polis Woodlands telah menyiasat kes tersebut dan memberkas Shoo Rabu lalu.


Mereka yang bekerja dan menetap di kawasan di mana kejadian itu berlaku memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka mendengar orang menjerit di waktu pagi pada hari berlakunya insiden tersebut.


Pada hari yang sama selepas itu, pihak polis dan pegawai penyiasat kelihatan mengumpul bukti dan mengambil gambar di tapak kejadian.


Sesiapa yang didapati bersalah atas tuduhan cuba membunuh boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan disaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >