Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa di mahkamah setelah gunakan kekerasan ke atas Duta Jarak Selamat

Apr 18, 2020 | 07:44 PM



SEORANG pesalah yang menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang Duta Jarak Selamat pada 12 April lalu telah didakwa di mahkamah hari ini (18 April), kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Dalam satu catatan di Facebook malam Sabtu, Encik Masagos berkata pesalah itu telah dinasihati agar tidak berlegar-legar di sekitar Hougang Avenue 8. Dia kemudian melarikan diri selepas menggunakan kekerasan terhadap seorang Duta Jarak Selamat.



Sehingga Khamis lalu, Pasukan Polis Singapura (SPF) telah menerima 12 laporan mengenai orang awam yang menganiayai secara fizikal atau lisan Pegawai Penguatkuasaan dan Duta yang sedang menjalankan tugas mereka.



“Sebagai satu masyarakat, kita mesti ambil tindakan tolerasi sifar terhadap tindakan ganas sedemikian terhadap Pegawai Penguatkuasaan dan Duta, yang sedang bekerja keras di barisan hadapan untuk melindungi kita,” tulis Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >