Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa main papan lungsur di Taman Peringatan Perang

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki warga Singapura, 24 tahun, yang dikatakan telah menggunakan papan lungsur air (wakeboard) di Taman Peringatan Perang pada 17 Julai lalu telah didakwa semalam kerana sengaja menganggu monumen nasional.



Dalam satu kenyataan bersama, Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Lembaga Warisan Negara (NHB) berkata dia akan didakwa di bawah Seksyen 22 Akta Pemeliharaan Monumen.



Agensi-agensi ini berkata mereka telah menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut pada 18 Julai.



Menurut laporan The Straits Times, empat lagi orang berusia antara 18 dan 24 tahun, kini juga disiasat kerana penglibatan mereka dalam kejadian tersebut.



"Monumen nasional merupakan penanda penting identiti kita dan menekankan peristiwa penting dalam sejarah Singapura," kata SPF dan NHB.



"Tugu Peringatan Perang, sebuah monumen nasional, ditujukan untuk orang awam yang terkorban semasa penjajahan Jepun.



"Penghormatan harus diberikan kepada monumen nasional kita, khususnya peringatan perang, dan semua tindakan yang tidak berhormat tidak dapat diterima," tambah mereka.



Sekiranya didapati bersalah, lelaki itu boleh didenda hingga $30,000, penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.



Sebuah video kejadian itu selama 31 saat telah ditularkan dalam talian pada Julai.



Menerusi rakaman video tersebut, seorang lelaki dilihat menggunakan papan lungsur air melintasi monumen tersebut, melakukan aksi dengan papannya yang terkena bahagian bawah monumen itu.



Video tersebut telah menerima kritikan meluas dari warga Internet yang menganggap tindakan itu tidak menghormati monumen peringatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >