Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa pecah masuk rumah di Tah Ching Road ditahan

Nov 27, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 27 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah baru-baru ini.



Menurut polis, mereka dimaklumkan sekitar 8.40 malam pada Rabu lalu, mengenai satu kes kejadian pecah rumah di sebuah unit kediaman di Tah Ching Road.



Satu beg jinjing atau beg tote, termasuk barang peribadi dan wang tunai berjumlah kira-kira $30 dipercayai dicuri.



Anggota polis dan penyiasat dari Divisyen Polis Jurong telah menjalankan siasatan dan berjaya mengenal pasti identiti lelaki tersebut dengan bantuan kamera polis, dan memberkasnya kelmarin.



Lelaki itu didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan pecah rumah di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan 1871.



Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.



Dalam kenyataan yang sama, polis menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan pencegahan jenayah berikut:



  • Lengkapkan semua pintu, bidai 'roller', tingkap dan bukaan lain dengan gril berkualiti baik dan mangga yang diketap apabila meninggalkan premis tanpa pengawasan, walaupun untuk sementara waktu;

  • Elak daripada menyimpan sejumlah besar wang tunai tanpa pengawasan di dalam premis; dan

  • Pasang penggera pencuri (burglar alarm) dan televisyen litar tertutup (CCTV) di semua tempat masuk ke premis. Pastikan semua diuji secara berkala dan berada dalam keadaan baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >