Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa rogol remaja perempuan berumur 14 hingga 19 tahun dalam tempoh 10 bulan

Aug 20, 2019 | 08:38 AM



SEORANG warga Cina didakwa merogol sekurang-kurangnya lima remaja perempuan berumur antara 14 hingga 19 tahun antara September 2018 dan Jun tahun ini - dan kesalahan itu dilakukan hampir setiap bulan.



Lin Rongxin, yang hadir di mahkamah semalam (19 Ogos) melalui satu pautan video, menghadapi tujuh tuduhan rogol dan satu tuduhan serangan seksual dengan penembusan.



Lin, 31 tahun, kini ditahan untuk penilaian psikiatri.



Antara kesalahan yang paling awal dilakukan Lin ialah antara September dan Disember tahun lalu, di mana Lin didakwa merogol seorang gadis berusia 18 tahun di dalam bilik mandi di tandas lelaki di Block 1008 Toa Payoh North, sebuah kawasan perindustrian.



Dia didakwa kembali ke tandas yang sama dua kali lagi, di mana dia telah merogol dua orang remaja perempuan berlainan, yang kededuanya berusia 14 tahun, pada Oktober dan November 2018.



Lin juga dituduh merogol tiga lagi mangsa di tiga lokasi berbeza di kawasan pusat Singapura.



Pada Disember lalu, dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah unit kondominium eksekutif di Bishan Loft.



Sekiranya disabit kesalahan atas dakwaan rogol atau serangan seksual dengan penembusan, Lin boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman denda atau rotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >