Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES SERANGAN ARTIS MALAYSIA

Lelaki didakwa serang pelakon Kamal Adli, ditahan reman untuk pantauan psikiatri

Mar 15, 2023 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 33 tahun yang dikaitkan dengan serangan ke atas pelakon Malaysia, Kamal Adli, telah didakwa atas tuduhan menyerang.



Muhammad Nabil Rashid telah didakwa pada Selasa atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.



Dia dikatakan menyerang Kamal, 36 tahun di Singapore Expo menggunakan baton semasa mangsa sedang beramah-tamah dengan peminat pada Ahad.



Polis yang diberitahu tentang kes itu pada 9.19 malam hari yang sama, merampas sebatang baton di tempat kejadian sebagai bahan bukti.



Muhammad Nabil tampil di mahkamah pada Selasa menerusi pautan video, di mana hakim membenarkan permohonan pihak pendakwa raya agar dia direman di Institut Mental Kesihatan (IMH) untuk tempoh dua minggu bagi pemantauan psikiatri.



Menurut dokumen mahkamah, Muhammad Nabil menggunakan baton yang boleh dipanjangkan untuk memukul Kamal beberapa kali.



Ini menyebabkan pelakon itu mengalami luka pada kulit kepalanya.



Pada hari serangan tersebut, Kamal dan isterinya yang juga pelakon Malaysia, Uqasha Senrose, berada di Dewan 5 di Singapore Expo bagi satu acara selama tiga hari, Hari Raya Mega Sale 2023, untuk bertemu para peminat.



Uqasha, 30 tahun, memberitahu media, suaminya diserang semasa satu sesi mengambil foto.



Seorang lelaki telah memanggil Kamal dan beliau menyangka lelaki itu mahu bergambar.



Sebaliknya, Kamal diserang lelaki berkenaan secara bertubi-tubi dengan orang ramai kemudian mengejar lelaki tersebut yang secara bersahaja dikatakan tersenyum sinis.



Dalam perkongsian di 'Instagram Story', Uqasha mendakwa menerima ugutan buat Kamal daripada seseorang dan nombor telefon yang tidak dikenali.



Serangan itu menyebabkan Kamal terjatuh lalu dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) di mana beliau ditidurkan untuk menjalani empat jahitan pada bahagian lukanya itu.



Beliau kini sedang pulih di tempat yang dirahsiakan demi langkah keselamatan.



Pengacara Singapura, Roslan Shah, yang membawa Kamal dan Uqasha bertemu peminat Singapura, berkata banyak yang perlu dibereskan bagi membantu pasangan itu selamat pulang ke Malaysia.



"Saya mohon orang ramai khususnya peminat Kamal mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Kamal agar kembali pulih.



"Selepas serangan, memang Kamal terasa pening. Kalau ramai tanya mengapa tiada pengawal keselamatan, saya jelaskan kebiasaannya memang artis akan bawa pengawal keselamatan mereka sendiri atau minta kami sediakan.



"Tapi Kamal dan Uqasha ingat santai-santai sahaja. Siapa sangka kejadian ini boleh berlaku di khalayak ramai," ujar Roslan.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >