Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa siar kenyataan anti-Islam

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki warga Singapura telah dihadapkan di mahkamah semalam selepas dia didakwa menyiarkan kenyataan anti-Islam dan misoginis mengenai seorang mangsa rogol di platform media sosial Instagram miliknya.



Sun Sicong dikatakan melakukan kesalahan itu sewaktu dia masih menuntut di Politeknik Temasek (TP).



Sun, 21 tahun, didakwa dengan satu tuduhan menyakiti perasaan penganut Islam, memuat naik kenyataan dalam talian dengan niat sengaja untuk mengguris perasaan agama lain dan memiliki filem lucah.



Antara 2018 dan 2019, dia didakwa memuat naik satu pos di Instagram yang mengandungi komen-komen terhadap Islam.



Pada 7 Jun tahun lalu, Sun didakwa menimbulkan rasa cemas dengan memuat naik catatan ke 'Instagram Story' yang mengandungi komen tentang perkongsian pengalaman seorang mangsa rogol sehingga mencetuskan rasa bimbang.



Butiran mengenai kenyataan dan perkongsian pengalaman semula itu tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.



Dia juga dikatakan telah memuat turun dua filem lucah pada April dan Mei tahun lalu yang ditemui dalam telefon bimbitnya.



Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata ia telah menerima beberapa laporan pada Jun 2020 mengenai seorang pengguna Instagram yang "membuat komen tidak sensitif dan ancaman yang boleh mencetus keganasan terhadap masyarakat Islam".



Pos tersebut juga mengandungi komen kebencian yang boleh menyakiti perasaan keagamaan, kata polis.



Menyusuli siasatan yang dilakukan, pegawai Divisyen Polis Jurong berjaya mengenal pasti identiti lelaki itu dan menangkapnya pada 8 Jun 2020. Satu komputer riba, satu lagi komputer dan telefon bimbit telah dirampas.



Ikat jamin Sun ditetapkan pada $10,000 dan kesnya ditangguhkan ke 14 Januari tahun depan.



Jika sabit kesalahan menyakiti perasaan umat agama lain, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.



Bagi kesalahan mengeluarkan komen-komen menghina, dia boleh didenda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >