Lelaki dihukum jel dan sebat kerana tikam wanita dalam rompakan 2001

SEMASA berusia 16 tahun, Gunasegaran Ramasamy merompak seorang wanita sebanyak $30 dalam sebuah lif dan menikam beliau beberapa kali di lengan dan badan.

Wanita berusia 28 tahun itu, Cik Soh San, seorang pengurus di sebuah syarikat telekomunikasi, meninggal dunia akibat tikaman pada bahagian dada dan abdomen. Terdapat sembilan liang tikaman pada tubuh beliau.