KES REMPUHAN ADANGAN POLIS DEKAT HOTEL SHANGRI-LA
Lelaki dihukum jel lapan tahun, sebat atas kesalahan dadah
Jun 16, 2015 | 05:30 AM
SALAH seorang penumpang dalam kereta yang melanggar adangan keselamatan dekat Hotel Shangri-La bulan lalu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan semalam kerana kesalahan dadah.
Mohamed Ismail, 31 tahun, seorang pekerja pembersihan, mengaku salah atas dua tuduhan memiliki dan satu kesalahan mengambil dadah.