SEORANG lelaki yang bersekongkol dengan beberapa lelaki lain untuk menipu pemerintah dengan tidak membayar cukai kastam dan eksais ke atas bir bernilai $110,562 akan meringkuk di penjara selama sembilan bulan.
Ooi Kok Keng, 44 tahun, mengaku bersekongkol dengan Terry Tan Yong Hui, 36 tahun, lelaki yang dikenali sebagai Jimmy Fong, dan beberapa orang lain yang tidak diketahui.