Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki dijangka didakwa muat naik foto, video lucah

Dec 30, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 22 tahun dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana disyaki memuat naik gambar dan video kemaluannya ke platform dalam talian, OnlyFans.



Lelaki yang ditangkap semalam itu dipercayai penjana kandungan OnlyFans pertama di sini yang dihadapkan ke mahkamah kerana memuat naik bahan lucah di platform tersebut.



Dalam satu kenyataan semalam polis berkata mereka menerima laporan pada 4 September lalu bahawa lelaki itu telah mengirim bahan lucah menerusi akaun OnlyFans miliknya.



Polis telah merampas akaun itu pada 11 Oktober dan memberi arahan agar dia tidak menggunakan akaunnya lagi.



Dia diberi amaran bahawa pelanggaran perintah itu merupakan satu kesalahan jenayah.



Namun, lelaki itu dikatakan telah menghubungi pentadbir OnlyFans secara bertulis, mendakwa akaunnya tidak selamat dengan kata laluannya memerlukan proses set semula.



Selepas mendapat akses akaun tersebut, lelaki itu dikatakan terus memuat naikkan lebih banyak bahan lucah dengan menggunakan akaun tersebut dan akaun sampingannya.



Kerana didapati gagal mematuhi perintah polis untuk tidak menggunakan akaun OnlyFans, dia boleh dihukum penjara hingga enam bulan, didenda hingga $5,000 serta kedua-duanya sekali.



Jika didapati bersalah memuatnaik bahan lucah, dia boleh dihukum atas dua kesalahan yang membawa pada hukuman hingga tiga bulan penjara, denda atau kedua-duanya sekali.



Pada 1 November lalu, lelaki itu diberi perintah baru untuk tidak menggunakan akaun OnlyFans itu. Polis sedang menyiasat jika ada pelanggaran perintah tersebut.



Polis menjelaskan adalah salah untuk mengirim atau memuat naik sebarang bahan lucah secara elektronik, terlibat atau menerima keuntungan daripada sebarang perniagaan yang membabitkan pemindahan bahan tersebut atau langkah mengiklankan penjualan bahan lucah.



Sesiapa yang mengetahui akan individu yang melakukan kegiatan sedemikian boleh membuat laporan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >