Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara 13 bulan kerana cabul pekerja pada 2011

Jun 29, 2020 | 05:18 PM



SEORANG lelaki yang mengendalikan kedai urut di Orchard Road mencabul pekerja sambilannya pada 2011 dan melarikan diri ke Tanzania sebelum pulang ke Singapura tujuh tahun kemudian.


Dokumen mahkamah tidak menyatakan mengapa pesalah, yang kini berusia 43 tahun, kembali pada 2018 tetapi dia diberkas dan kemudian minta dibicarakan bagi satu tuduhan mencabul kehormatan.


Hakim Daerah Marvin Bay mendapati dia bersalah mencabul wanita itu dan menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan pada Isnin (29 Jun).


Lelaki itu tidak dapat dinamakan bagi melindungi identiti mangsa.


Dengan merujuknya hanya sebagai "Cik C", Hakim Bay berkata lelaki itu telah menyuruh wanita itu menjual "rantai kunci Merlion".


Lelaki itu, yang tidak diwakili peguam, memberitahu mahkamah pada Isnin bahawa dia meninggalkan Singapura pada Mac 2012 sebelum kembali pada Disember 2018.


Dia juga berkata dia perlu kembali ke Tanzania secepat mungkin kerana dia mempunyai isteri dan anak lelaki berusia tiga tahun setengah di sana.


Lelaki itu juga dituduh mencabul mangsa kedua dan persidangan sebelum perbicaraan untuk kes itu akan diadakan pada 21 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >