Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara 16 minggu kerana tumbuk pipi, acu gunting dan potong rambut isteri

Mar 01, 2022 | 05:57 PM



BAGI tempoh enam bulan, seorang lelaki kerap menunjuk amarahnya terhadap isterinya dengan menumbuk mata dan bibir si isteri beberapa kali.



Namun, hanya apabila dia mula menggunakan gunting dan mengacunya ke arah muka si isteri ketika mereka bertengkar dan kemudian memotong rambut wanita itu sehingga beliau terpekik meminta bantuan, ia menjadi satu perkara yang tidak lagi dapat ditahan si isteri.



Dia mendapatkan perlindungannya di bilik pemilik flat yang disewa itu.



Pada Selasa (1 Mac), Mohamad Syafiq, 26 tahun, muncul di mahkamah menerusi pautan video daripada tempat di mana dia ditahan. Dia kemudian dihukum penjara 16 minggu.



Lima lagi tuduhan melibatkan pelbagai kejadian mendera isterinya, termasuk mencekup pipinya, memijak telinganya dan mencucuk matanya di khalayak ramai, dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.



Syafiq memberitahu mahkamah dia dan isterinya, 22 tahun, adalah warga Malaysia yang bekerja di Singapura untuk menyokong keluarga mereka. Dia menyerang isterinya dalam keadaan marah kerana penat dan murung dalam situasinya serta tidak dapat mengawal perasaannya.



Mahkamah diberitahu penderaan itu berlaku pada 13 Julai tahun lalu apabila mereka bertengkar. Pada 3 pagi, Syafiq menumbuk mata kanan isterinya sehingga lebam.



Isterinya merakam foto kecederaannya tetapi tidak berjumpa doktor atau melaporkan kejadian itu kepada polis.



Pada 14 Oktober tahun lalu sekitar 10 pagi, si mangsa sedang bersiap sedia untuk pergi ke tempat bertugas apabila dia mula bertengkar dengan suaminya.



"Dia menghalang si isteri daripada ke tempat bertugas dan menumbuk mulutnya kerana sebab itu," jelas Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Yohanes Ng.



Bibir mangsa lebam. Beliau mengambil foto kecederaannya lagi tetapi tidak bertemu doktor atau melaporkannya kepada polis.



Pada 9 Januari tahun ini, sekitar 5 pagi, mangsa tersedar dari tidur setelah suaminya menumbuk pipi kanannya.



Syafiq memarahi isterinya dan memberitahu si isteri menguji kesabarannya dan membuatnya marah.



Dia kemudian meninggalkan bilik itu dan kembali dengan gunting.



Dia kemudian mengacukan gunting itu ke arah muka si isteri dan mula memotong rambutnya sambil memegang kepala si isteri. Dia berhenti selama lima minit dan sambung memotong rambut si isteri lagi sehingga isterinya memekik meminta tolong.



Pemilik flat itu yang menetap di unit yang sama kemudian mengetuk pintu mereka untuk ketahui apa yang terjadi. Mangsa lari keluar daripada bilik itu dan memasuki bilik pemilik flat itu demi keselamatannya.



Menggesa agar Syafiq diberi hukuman penjara antara 16 hingga 20 minggu, DPP Ng berkata: "Mangsa ini adalah isteri si tertuduh. Sepatutnya beliau rasa selamat dan dilindungi, sebaliknya beliau menjadi mangsa keganasan dan ketakutan."



DPP Ng menambah si tertuduh telah berulang kali melakukan keganasan domestik yang tidak dilaporkan.



Syafiq dalam rayuannya berkata: "Saya berjanji tidak akan buat kesalahan ini lagi dan berusaha memperbaiki diri demi isteri dan anak perempuan saya."



Hakim Daerah Kessler Soh Boon Leng memerintahkan agar seorang kaunselor bertemu pasangan ini untuk menghalang Syafiq daripada melakukan kesilapan serupa.



Hukuman Syafiq bermula pada 10 Januari lalu, detik dia ditahan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >