Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara 20 bulan cabul anak tiri perempuan

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 54 tahun dihukum penjara 20 bulan semalam selepas dia mengaku bersalah bagi tiga tuduhan mencabul anak tiri perempuannya.



Lelaki tersebut, yang tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa, mengahwini ibu mangsa pada 2014 namun kini mereka telah bercerai.



Dia mencabul anak tirinya itu kali pertama pada 2016, ketika mangsa 17 tahun, namun mangsa tidak memberitahu ibunya kerana beliau tidak mahu ibu dan bapa tirinya bergaduh, lapor The Straits Times.



Dua tahun kemudian, mangsa dan bapa tirinya berada di ruang tamu flat apabila mereka mula mengusik satu sama lain.



Mangsa berlari ke dalam bilik tidurnya dan cuba menutup pintu untuk bersembunyi daripada bapa tirinya. Lelaki itu menolak pintu dan menindih mangsa di katilnya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Colin Ng berkata: "Tertuduh menindihkan badannya di atas badan mangsa. Tertuduh kemudian menggigit (dada) mangsa menerusi pakaiannya."



Apabila mangsa menjerit meminta tolong, bapa tirinya segera keluar dari bilik itu. Ibu mangsa yang berada di dapur pergi ke bilik tidur itu selepas mendengar jeritan tersebut, tetapi mangsa tidak mendedahkan perkara yang berlaku.



Pada atau sekitar 19 Mac 2018, lelaki itu berada di dapur bersama mangsa apabila dia cuba mencium bibirnya.



"Bagaimanapun, mangsa melawan dan meronta-ronta. Semasa kejadian itu, tertuduh menindih mangsa di lantai (dan menyentuh kemaluannya)," ujar DPP.



Mangsa memekik meminta tolong dan memberitahu bapa tirinya supaya menghentikan perbuatannya lalu meninggalkan flat itu.



Sekitar 8.30 pagi pada 20 Februari 2019, lelaki itu meletak tangannya di buah dada kanan mangsa, yang berumur 20 tahun masa itu, semasa ibu mangsa berada di dalam bilik tidur utama.



Pada petang itu, mangsa memberitahu ibunya dan laporan polis dibuat.



Bagi setiap tuduhan mencabul, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun, denda, sebat, atau sembarang gabungan hukuman itu.



Lelaki itu tidak boleh dirotan kerana umurnya sudah melebihi 50 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >