Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Lelaki disyaki gunakan kad kredit orang lain untuk beli pelan telefon ditangkap polis

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki disyaki gunakan kad kredit orang lain untuk beli pelan telefon ditangkap polis

Jul 03, 2019 | 09:26 AM

SEORANG lelaki yang disyaki menggunakan butiran kad kredit orang lain untuk membeli pelan langganan telefon telah ditangkap polis.

Polis berkata malam semalam bahawa mereka telah menerima laporan dari sebuah syarikat telekomunikasi berkenaan beberapa permintaan caj balik yang diterima daripada bank antara 22 Mei dan 18 Jun 2019.

Menurut laporan The Straits Times, syarikat itu bukan M1, Singtel atau StarHub.

Permintaan tersebut berkaitan transaksi tidak dibenarkan yang dibuat menggunakan kad kredit berbeza, termasuk bagi penghantaran empat telefon bimbit bernilai sekurang-kurangnya $2,600.

Setelah melakukan siasatan dan pertanyaan, pegawai dari Divisyen Polis Tanglin dapat mengenal pasti suspek berusia 32 tahun dan menangkapnya pada hari yang sama.

Mereka yang didapati bersalah atas akses tidak sah ke atas bahan komputer boleh didenda sehingga $5,000 atau dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3