Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki disyaki terlibat dalam kes kerja ubah elok tidak siap sedang bantu polis dalam siasatan

Jun 08, 2023 | 05:33 PM



Seorang lelaki, 57 tahun, yang dipercayai terlibat dalam kes ubah elok rumah gagal dilengkapkan sedang membantu pihak polis dalam siasatan.

Apabila dihubungi Berita Harian (BH) pada Khamis, pihak polis mengesahkan bahawa siasatan masih dijalankan.

BH melaporkan sebelum ini, sebanyak tujuh laporan polis telah dibuat berkaitan kes sebuah syarikat yang menerima sebahagian bayaran tetapi gagal melengkapkan kerja ubah elok rumah seperti yang dijanjikan.

Pelanggan juga mendakwa pemilik syarikat itu telah menghilangkan diri dan tidak menjawab pertanyaan selepas 2 Mei.

Dalam satu catatan viral di Facebook, seorang pengguna Ayda Ayn menyatakan rumah salah seorang anngota keluarganya terjejas dek syarikat renovasi rumah yang didakwa menghilangkan diri.


Dalam satu laporan BH pada 2 Jun pula, dua pelanggan memberitahu BH bahawa mereka secara bersama telah membayar sekitar $100,000 kepada syarikat berkenaan.


Menurut Persatuan Pengguna Singapura (Case), ia telah menerima tiga aduan terhadap syarikat tersebut bagi tempoh 1 Mei 2023 hingga 24 Mei 2023 dan tidak menerima sebarang aduan terhadap syarikat tersebut sebelum Mei 2023.

Kes masih lagi berada dalam siasatan polis.

Orang ramai dinasihati agar berhati-hati dalam pemilihan kontraktor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >