Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki disyaki terlibat dalam kes ragut diberkas

Jul 11, 2022 | 05:30 AM

POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 48 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes ragut.

Polis semalam berkata pihaknya dimaklumkan tentang kes ragut yang berlaku kelmarin pada 10.20 pagi di Jalan Bukit Merah, di mana beg tangan mangsa mengandungi wang tunai berjumlah sekitar $60 dan telefon bimbit didakwa diragut oleh lelaki yang tidak dikenali.

Melalui siasatan dan dengan bantuan imej dari kamera polis, identiti lelaki yang disyaki telah dikenal pasti dan dia ditahan pada hari yang sama dalam tempoh dua jam daripada jenayah itu dilaporkan.

Beg bimbit dan telefon bimbit telah ditemui dan dirampas sebagai bahan kes.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan rampas ragut di bawah Seksyen 356 Kanun Keseksaan 1871.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun, dan rotan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3