SEORANG lelaki berusia 32 tahun ditangkap atas dakwaan mencabul kehormatan dalam kes yang berlaku di Clementi Avenue 5.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, polis berkata kes tersebut pertama kali dilaporkan pada 9 November di sebuah blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Clementi Avenue 5, tempat suspek didakwa menahan dan mencabul seorang wanita di dalam lif.