Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap dek tunggang motosikal bukan miliknya, disyaki punyai kesalahan berkaitan dadah

Nov 18, 2019 | 04:16 PM



SEORANG penunggang motosikal berusia 25 tahun diberkas kerana menunggang secara bahaya, menunggang tanpa izin pemilik motosikal, dan disyaki mempunyai kesalahan berkaitan dadah pada Sabtu (16 November).



Menjawab pertanyaan Stomp, polis berkata pegawai Polis Trafik telah menahan seorang penunggang motosikal berdekatan dengan Kallang Road, menuju ke arah Victoria Street sekitar 8.14 pagi untuk diperiksa. 



“Apabila pegawai mendekati penunggang, dia tidak ingin bekerjasama dan mematuhi arahan pegawai lantas terus pecut,” kata jurucakap polis.



Tambah jurucakap polis, penunggang motosikal tersebut kemudian tergelincir lalu meninggalkan motosikalnya dan melarikan diri. 



Tiada siapa yang tercedera dalam kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >