Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap selepas melompat atas kereta sewa peribadi di pusat hiburan St James Power Station

May 06, 2018 | 06:03 PM



SEORANG lelaki berusia 26 tahun telah ditangkap selepas beliau melompat ke atas bahagian depan sebuah kereta sewa peribadi awal pagi semalam (5 Mei).



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang satu kes perbuatan terburu-buru di 3 Sentosa Gateway sekitar 3 pagi.



Jurucakap polis berkata lelaki itu kemudian ditangkap.



Satu rakaman video yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan seorang lelaki berlari ke arah sebuah kereta di luar St James Power Station.



Lelaki itu kemudian melompat ke atas bonet kereta itu, menghentakkan kakinya pada cermin depan kenderaan tersebut dan kemudian memanjat ke atasnya .



Video itu dimuat naik oleh anak lelaki pemandu kereta itu, Encik Alex Koh.



Encik Koh memberitahu akhbar The Straits Times bahawa kejadian itu berlaku semasa bapanya, seorang pemandu Grab berusia 72 tahun, ingin mengambil penumpang di St James Power Station.



“Apabila bapa saya keluar daripada kereta untuk memeriksa kerosakan yang disebabkannya, lelaki itu bersikap kasar.



“Oleh kerana beliau bimbang tentang keselamatannya sendiri, bapa saya terus memandu pergi dari situ dan membuat laporan polis,” kata Encik Koh, 42 tahun.



Tambahnya, bapanya biasanya bekerja enam hari seminggu dari 5 petang hingga sekitar 6 pagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >