Lelaki ditemui mati di kaki flat, isteri mati dek serangan jantung
Aug 23, 2019 | 05:30 AM
BELIAU terdengar galah jemuran jatuh tetapi tidak memikirkannya sangat.
Tetapi apabila Cik Maimon Ayab, 86 tahun, menjengah dari tingkap flat tingkat pertama, beliau terkejut melihat seorang lelaki tua dalam keadaan tertiarap di tempat letak kereta.