Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dituduh 'buang' mayat Felicia Teo di tempat awam dijangka mengaku bersalah bulan depan

Sep 07, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang pada mulanya dituduh membunuh Cik Felicia Teo, 19 tahun, pada 2007 sebelum diberi pelepasan tidak membawa pembebasan bagi tuduhan membunuh pada Jun tahun ini dijangka mengaku bersalah terhadap tuduhan lain di Mahkamah Daerah pada 14 Oktober nanti.



Mereka yang diberikan pelepasan masih boleh didakwa bagi jenayah yang berkaitan, jika maklumat atau keterangan yang berkaitan muncul kemudian.



Menurut dokumen mahkamah yang diterima akhbar The Straits Times kelmarin, Ahmad Danial Mohamed Rafa'ee, kini 37 tahun, dijangka mengaku bersalah terhadap empat tuduhan menyalahi undang-undang meletakkan mayat Cik Teo di tempat awam, menyalahgunakan barang-barang milik secara tidak jujur, memberi keterangan palsu kepada dua pegawai polis, dan mereka-rekakan bahan bukti palsu.



Dia dituduh melakukan kesalahan-kesalahan ini dengan Ragil Putra Setia Sukmarahjana yang belum didakwa di Mahkamah Daerah Singapura.



Ragil, seorang lelaki Indonesia dan berusia 18 tahun ketika kejadian tersebut berlaku.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bagaimana Cik Teo meninggal dunia dan siapa yang bertanggungjawab bagi kematiannya.



Kedua-dua lelaki dituduh meletakkan mayat di sekitar Punggol Track 24 pada atau sekitar 30 Jun 2007.



Pada sekitar masa yang sama, mereka didakwa menyalahgunakan beberapa barang kepunyaan mangsa, seperti telefon bimbit.



Pada 30 Jun 2007, mereka dikatakan mereka-reka bahan bukti palsu dengan meletakkan telefon bimbit di sekitar East Coast Park bagi menyokong dakwaan maklumat palsu kepada polis bahawa Cik Teo telah ke sana.



Ahmad dan Ragil dituduh memberi maklumat palsu kepada dua pegawai polis di Divisyen Polis Tanglin pada 11 dan 25 Julai tahun itu.



Cik Teo sebelum itu meninggalkan rumahnya di Bras Basah pada 29 Jun 2007 dan ini merupakan kali terakhir ibu bapanya melihatnya.



Kemudian, rakaman CCTV menunjukkan beliau memasuki lif di flat Marine Terrace dengan dua lelaki.



Ahmad dan Ragil dipercayai yang terakhir melihatnya masih hidup. Mereka bertiga dikatakan berkawan dan belajar bersama di Maktab Seni Lasalle.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >