Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dituduh tolak hos radio Cheryl Miles hadapi dua lagi tuduhan

Aug 31, 2023 | 05:58 PM



Seorang lelaki yang dituduh menolak lengan kanan hos radio, Cheryl Miles, telah dikenakan dua lagi tuduhan pada Khamis – satu tuduhan gangguan dan satu tuduhan jenayah melibatkan kekerasan atas individu lain.

William Aw Chin Chai, 52 tahun, berada di pusat beli-belah VivoCity di HarbourFront Walk sekitar 6.20 petang pada 29 Jun apabila dia didakwa menolak jari telunjuk kanannya ke muka seseorang lelaki.

Aw juga dituduh memarahi lelaki tersebut dengan kata-kata kesat.

Dengan tuduhan baru ini, Aw menghadapi satu tuduhan mengganggu dan empat tuduhan jenayah melibatkan kekerasan atas individu lain.

Tuduhan-tuduhan tersebut melibatkan kejadian berlainan di stesen MRT Orchard, pusat beli-belah Ion Orchard dan di kawasan dataran stesen MRT Orchard.

Hos radio One FM 91.3 itu memberitahu The Straits Times bahawa beliau sedang berjalan keluar stesen MRT tersebut apabila seorang lelaki mengadang laluannya dan memukulnya.


Pegawai polis daripada Divisyen Tanglin berjaya mengenal pasti lelaki itu dan Aw ditangkap pada 1 Ogos.

Dia dijangka mengaku bersalah pada 15 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >