Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki Indonesia berjalan masuk ke Singapura di Laluan Kedua Tuas tanpa dokumen identiti dan perjalanan diberkas

ICA
Apr 04, 2023 | 03:28 PM



SEORANG lelaki yang dilihat bejalan di Laluan Kedua Tuas menuju ke Singapura pada tengah malam 23 Mac telah diberkas.



Dalam satu catatan Facebook pada Selasa, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata lelaki Indonesia itu ditahan para pegawai polis auksiliari di Pusat Pemeriksaan Tuas sebelum dia membahayakan dirinya dan para pengguna jalan raya.



Para pegawai ICA mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang dokumen identiti atau perjalanan bersamanya.



Dia kemudian diberkas kerana disyaki melakukan kesalahan imigresen.

ICA berkata ia memandang serius percubaan untuk memasuki atau meninggalkan Singapura secara haram.



Pesalah boleh didenda sehingga $1,000, dipenjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >