Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki laku sumbang mahram atas anak perempuan dijel enam tahun

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS diberitahu anak perempuannya perlukan kasut baru, seorang lelaki memintanya melakukan perbuatan sumbang mahram, dan berjanji mereka akan pergi membeli-belah kemudian.



Anak perempuan itu akur, dan selepas melakukan perbuatan sumbang mahram ke atasnya, mereka keluar untuk mendapatkan kasut baru itu.



Lelaki yang melakukan kesalahan itu antara Januari dan Jun 2020, juga melakukan kesalahan seksual lain terhadapnya.



Dia dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan dan dua tuduhan sumbang mahram semalam.



Warga Singapura berusia 48 tahun itu tidak boleh dinamakan atas perintah melindungi identiti anak perempuannya yang kini berusia 20 tahun.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Delicia Tan berkata mangsa tinggal bersama bapa, ibu tiri dan lima adik tirinya di Malaysia sehingga lewat 2019 sebelum berpindah ke Singapura bersama bapanya. Ibu kandungnya meninggal dunia ketika beliau berumur enam tahun dan pesalah itu berkahwin semula.



Pendakwa raya menambah bahawa gadis itu juga bimbang tentang kesejahteraan keluarganya jika beliau melaporkan bapanya kerana dia adalah pencari nafkah tunggal. Lama kelamaan, dia menjadi terbiasa dengan permintaan seksualnya.



Beliau akhirnya memberitahu teman lelakinya pada penghujung 2020. Pada 29 Ogos 2021, beliau menghubungi polis untuk melaporkan perkara yang tidak berkaitan dan tidak melibatkan pesalah. Semasa siasatan, mangsa didapati tidak mahu tinggal bersama tertuduh kerana disuruh melakukan hubungan seksual dengannya.



Pesalah telah ditahan pada 30 Ogos 2021.



Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara enam hingga tujuh tahun, berkata bagi kesalahan sumbang mahram, terdapat pecah amanah dan keyakinan serta pertimbangan awal. Ini termasuk janji tersirat untuk pergi membeli-belah sebagai pertukaran bagi perbuatan seksual dan melakukannya hanya apabila tiada orang lain di rumah.



"Tertuduh telah merosakkan anak kandungnya secara menyeluruh selama hampir lima tahun dari sekitar 2016 hingga 2020 - walaupun mangsa pada mulanya berasa jijik... beliau menjadi terbiasa dengan permintaannya," tambah pihak pendakwaan.



Bagi perbuatan mencabul, lelaki itu boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau dirotan, atau dihukum dengan mana-mana gabungan hukuman ini.



Bagi setiap pertuduhan sumbang mahram, dia boleh dipenjara selama lima tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >