Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki lari dari S’pura lepas didakwa bunuh warga asing 13 tahun lalu hadapi tuduhan bunuh

Feb 24, 2023 | 07:34 PM



SEORANG warga Singapura berusia 53 tahun, yang meninggalkan Singapura selepas disyaki membunuh warga asing pada Februari 2010, telah dibawa pulang ke sini pada 2022 dan kini berdepan dengan tuduhan membunuh.


Menurut laporan The Straits Times, Lee Heng Wong dituduh membunuh Encik Xi Wei Feng, 23 tahun, di De Basement Live Disco di Geylang Road antara 2 pagi dengan sekitar 6.30 pagi pada 14 Februari 2010.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan butiran tentang bagaimana atau di mana Lee ditangkap, tetapi dia dibawa pulang ke Singapura dan didakwa atas pertuduhan bunuh pada 14 Oktober 2022.



Kesnya disebut di mahkamah daerah pada Khamis. Dia diwakili peguam daripada Invictus Law Corp.



Kesnya telah ditangguhkan ke 20 Jun. Pesalah yang disabit kesalahan membunuh berdepan hukuman mati.



Awal daripada itu, pada November 2022, seorang lelaki berusia 50 tahun yang telah melarikan diri ke Malaysia setelah disyaki membunuh seorang wanita telah ditangkap dan dibawa pulang ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >