Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Dec 31, 2020 | 05:30 AM



 Lelaki larikan diri dari polis dengan kereta didakwa di mahkamah



SEORANG lelaki yang melarikan diri daripada polis dengan keretanya sementara dua lagi lelaki cuba menahannya, didakwa di mahkamah semalam dengan dua tuduhan menyebabkan kecederaan dengan melakukan tindakan berbahaya lapor The Straits Times.



Ryan Asyraf Mohammad A'zman ialah lelaki yang dikehendaki polis kerana gagal hadir untuk perbicaraan selepas dibebaskan dengan ikat jamin, kata polis dalam kenyataannya sebelum ini.



Kejadian di tempat letak kereta dekat Blok 331 Bukit Batok Street 33 itu berlaku dalam operasi sebelum subuh untuk menangkapnya Isnin lalu.



Warga Singapura berusia 26 tahun itu dikatakan undurkan keretanya semasa dua lelaki - Encik Rubaneshwaran Gnanasubramaniam dan Encik Mohammad Idly Ali - memegang tangan kanannya.



Polis berkata dua lelaki itu pegawai mereka.




Usia minimum beli, hisap, bekal produk tembakau naik ke 21 tahun mulai esok



USIA minimum untuk membeli, mengguna, memiliki, menjual dan membekal produk tembakau akan dinaikkan daripada usia 20 tahun kepada 21 tahun mulai 1 Januari.



Ini perubahan kali ketiga dan terakhir kepada syarat usia minimum di bawah pindaan Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan), yang diluluskan di Parlimen pada November 2017.



Usia minimum pertama kali dinaikkan daripada 18 kepada 19 tahun pada 1 Januari 2019, dan daripada 19 kepada 20 tahun pada 1 Januari 2020.



Semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) mengingatkan orang ramai mengenai perubahan itu dan mengatakan kenaikan usia minimum sebahagian usaha berterusan Singapura untuk mengurangkan tabiat merokok.




PUB uji alat perlindungan banjir baru untuk musim hujan



AGENSI air negara PUB semalam memperkenalkan Floodgate - alat terbarunya dalam melawan banjir kilat di Singapura semasa musim tengkujuh ini.



Alat itu diperbuat daripada rangka besi kuat yang dibungkus dengan sarung getah kalis air.



Tepi panel alat itu dapat diperluaskan dengan menggunakan sepana, mengikut luas laluan pintu, supaya air tidak dapat masuk, kata PUB dalam kenyataannya semalam.



Sejumlah 20 alat telah diperolehi dari Britain untuk "menguji dan mengesah keberkesanannya" pada September lalu, kata PUB.



Sebanyak 15 alat daripada jumlah itu kini dipinjamkan kepada penduduk di Upper Paya Lebar Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >