Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki makan di kolong blok diberkas ingkari nasihat polis

Apr 08, 2020 | 08:12 PM



SEORANG warga emas diberkas setelah mengingkari nasihat pegawai polis dan menengking mereka di Bendemeer pada Selasa (7 April), hari pertama langkah ‘pemutus litar’ Covid-19 bermula.



Lelaki berusia 71 tahun itu ingin makan di sebuah meja di kolong Blok 28 Bendemeer Road, lapor laman Stomp.


Video yang dihantar ke laman itu menunjukkan lelaki itu, yang membawa bungkusan makanan, sedang digari.


Sebelum itu, polis berkata pegawainya telah menasihatkan lelaki itu agar pulang ke rumah untuk makan dan tidak menghabiskan masa di luar tanpa keperluan.


Lelaki itu tidak mendengar nasihat pegawai polis itu dan sebaliknya menengking mereka.


Dia juga enggan bekerjasama meskipun pegawai polis mengulangi nasihat mereka dan memintanya untuk bertenang.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >