Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki maut, 3 dikejarkan ke hospital dalam kemalangan di Woodlands

Oct 23, 2022 | 07:33 PM



SEORANG lelaki warga Singapura berusia 20 tahun terkorban selepas sebuah lori hilang kawalan dan merempuh pagar tempat letak kereta berbilang tingkat di  2 Woodlands Sector 1 pada pagi Sabtu.



Pemandu itu dipercayai hilang kawalan apabila lori itu melepasi jalan dan melanggar pagar di sisi dinding tempat letak kereta bertingkat itu.



Menurut akhbar Lianhe Zaobao, lelaki itu terpelanting keluar melalui cermin depan, terbalik atas pagar dan jatuh dari tingkat lima tempat letak kereta bertingkat itu.



Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 12.50 pagi.



SCDF berkata ia menggunakan peralatan hidraulik untuk menyelamatkan salah seorang penumpang yang terperangkap di tempat duduk hadapan lori itu.



Tiga lelaki berusia antara 28 hingga 32 tahun termasuk lelaki yang tersepit mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.



Keempat-empat lelaki itu dilaporkan sedang bekerja ketika kejadian berlaku. Punca kemalangan tidak diketahui.



Siasatan polis sedang dijalankan. The Straits Times telah menghubungi Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk maklumat lanjut.



 



Pada Ogos, dua lelaki berusia 17 dan 23 tahun maut dalam kemalangan lori di Jalan Jurong Lama menghala ke Jalan Bukit Timah Atas.



Pihak berkuasa berkata, pemandu dan lima penumpang berusia 15 hingga 20 tahun dibawa ke Hospital Universiti Nasional.



Pemandu berusia 25 tahun itu ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan memandu cuai sehingga menyebabkan kematian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >