Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki maut, disyaki jatuh secara tidak sengaja di tapak pembinaan gudang Tuas

Jun 12, 2021 | 07:17 PM

SEORANG lelaki ditemui mati di tapak pembinaan sebuah gudang yang sedang dibangunkan pada Khamis (10 Jun) dan disyaki jatuh secara tidak sengaja.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, polis berkata mereka menerima panggilan tentang kejadian di 20 Tuas South Avenue 14 itu sekitar 5.30 petang pada hari tersebut.

Apabila paramedik dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba, mereka berkata lelaki berusia 25 tahun itu sudah meninggal dunia.

Siasatan sedang dijalankan tetapi tiada perbuatan khianat disyaki, kata polis.

Tapak pembinaan itu adalah tempat Hab Logistik Tuas Logos sedang dibangunkan. Apabila siap kelak, ia akan mempunyai satu gudang dua tingkat dan satu lagi dengan  empat tingkat.

Jurucakap Logos mengesahkan bahawa lelaki yang meninggal dunia itu adalah pekerja satu kontraktornya.

"Logos sedang menyiasat butiran kejadian itu dan bekerja rapat dengan kontraktor am dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3