Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki rugi $149,000 antara 10 mangsa e-mel pancingan data

Dec 06, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang memfailkan pertikaian mengenai komputer yang rosak dengan Persatuan Pengguna Singapura (Case) mengalami kerugian sebanyak $149,000 dalam masa beberapa minit selepas beliau menekan ikon sembang langsung dalam e-mel yang kononnya daripada persatuan tersebut.



Encik Mike (bukan nama sebenar), yang berusia awal 50-an dan bekerja dalam industri pendidikan, adalah salah seorang daripada sekurang-kurangnya 10 mangsa e-mel pancingan data pada bulan Oktober.



Case berkata pada Oktober bahawa 5,095 e-mel pancingan data telah dihantar kepada pengguna selepas penyerang siber menggodam pelayan atau server melnya.



Encik Mike menerima e-mel pada 9 Oktober yang menyatakan bahawa beliau telah dinilai oleh "Case" sebagai seorang yang "layak mendapat pampasan" selepas memfailkan pertikaian.



"Saya fikir e-mel itu benar kerana saya telah menghubungi Case untuk pengantaraan pada Jun 2021 selepas membeli komputer Dell yang rosak.



"Saya melepaskan aduan pada bulan yang sama apabila saya mendapat bayaran balik daripada Dell," kata Encik Mike.



Ketika ditanya mengapa beliau mempercayai kandungan dalam e-mel itu walaupun isu itu telah diselesaikan lebih setahun lalu, Encik Mike berkata:



"Ia memang menimbulkan syak wasangka bahawa e-mel itu tidak benar, tetapi ia berkata 'pembayaran dijamin'. Jadi saya hanya ingin tahu apa pampasan itu."



Apabila Encik Mike menekan ikon sembang langsung yang disertakan dalam e-mel tersebut, beliau telah dibawa ke "apa yang kelihatan seperti laman web DBS yang sah".



"Semuanya berlaku dengan pantas selepas itu. Apabila laman web itu hilang selepas saya menekannya, saya cuba lagi.



"Saya kemudiannya menekan butang 'beri kuasa' pada pemberitahuan yang muncul pada telefon bimbit saya. Dan begitu sahaja, wang saya hilang," katanya.



Encik Mike, yang kehilangan sebahagian besar wang simpanannya, memfailkan laporan polis malam itu.



Pengarah eksekutif Case, Encik Lee Siow Hwee, berkata: "Memandangkan perkara itu sedang disiasat, kami tidak dapat mengulas lebih lanjut."



Jurucakap DBS memberitahu akhbar The Straits Times sistemnya kekal selamat dan berkata:



"Kebocoran data di Case digunakan oleh penjenayah berjaya meyakinkan mangsa untuk melepaskan kelayakan perbankannya dan memindahkan wang dengan menjalankan pelbagai pemberian kuasa melalui laman web palsu."



DBS berkata mereka mempunyai proses untuk menghalang harta inteleknya daripada disalahgunakan, termasuk sumber untuk menghapuskan laman web palsu secepat mungkin.



"Pelanggan kami diingatkan supaya berhati-hati dengan pautan URL laman web yang mereka gunakan dan, jika ragu-ragu, untuk mengesahkan melalui saluran rasmi kami," kata jurucakap itu.



Case sebelum ini berkata ia mula menerima laporan mengenai e-mel pancingan data pada 8 Oktober.



Ia menasihatkan mereka yang telah melakukan transaksi pembayaran yang sama untuk membuat laporan kepada polis, dan menghubungi talian 'Anti-Scam Hotline' di 1800-722-6688.




"Kebocoran data di Case digunakan oleh penjenayah berjaya meyakinkan mangsa untuk melepaskan kelayakan perbankannya dan memindahkan wang dengan menjalankan pelbagai pemberian kuasa melalui laman web palsu.



Pelanggan kami diingatkan supaya berhati-hati dengan pautan URL laman web yang mereka gunakan dan, jika ragu-ragu, untuk mengesahkan melalui saluran rasmi kami."



- Jurucakap DBS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >