Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lembaga Siasatan akan teliti punca kematian anggota SCDF semasa lawan api: Faishal

Feb 24, 2023 | 07:36 PM



SEBUAH Lembaga Siasatan (BOI) akan bersidang untuk meneliti kematian anggota pasukan pertahanan awam semasa bertugas.



Ini menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim di Parlimen pada Jumaat.



Beliau menjawab soalan yang diajukan Encik Murali Pillai (SMC Bukit Batok) mengenai siasatan kes kematian Sarjan 1 (SGT1) Edward Go, anggota kerahan sepenuh masa Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan anggota bomba.



Anggota SCDF berusia 19 tahun itu rebah semasa memadamkan kebakaran di Henderson Road pada Disember 2022, dan kemudian meninggal dunia di hospital.

Beliau merupakan anggota bomba pertama yang terkorban semasa operasi SCDF.



Dr Faishal berkata pihak polis kini sedang menyiasat kematian SGT1 Go.



Apabila siasatan selesai kelak, pihak polis akan memaklumkan kepada koroner mengenai penemuan mereka.



Beliau menambah koroner kemudian akan mempertimbangkan siasatan polis dan merumuskan punca berkaitan kematian SGT1 Go. BOI juga akan bersidang di bawah Akta Pertahanan Awam untuk menilai kejadian tersebut.



“Memandangkan BOI juga merupakan badan pencari fakta, ia akan dilakukan selepas penemuan koroner telah selesai.



“BOI kemudian juga boleh mempertimbangkan penemuan pihak polis dan koroner, dalam penilaiannya mengenai perkara itu,” jelas Dr. Faishal.



Beliau berkata BOI akan menyerahkan laporan kepada Menteri Dalam Negeri dan akan berkongsi penemuan dan pengesyoran Lembaga tersebut pada masa yang sesuai.



Pada 9 Januari, Dr Faishal mendedahkan bahawa laluan masuk jentera bomba menuju ke blok Henderson Road di mana kebakaran berlaku telah disekat oleh sebuah khemah pengebumian, menyebabkan kelewatan selama 18 minit bagi respons pihak bomba terhadap kebakaran.



Beliau menambah bahawa SGT1 Go telah menyahut hampir 60 panggilan kebakaran dan operasi menyelamat sejak beliau dikerahkan di Balai Bomba Centarl pada Mei 2022. Prestasinya sebagai pelatih adalah antara 25 peratus teratas bagi kohortnya.



Dalam jawapan Dr Faishal kepada soalan tambahan yang diajukan Encik Dennis Tan (Hougang SMC) mengenai penemuan koroner, beliau mengesahkan bahawa ia akan didedahkan kepada masyarakat umum apabila ia sudah disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >