Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lengkapi kemahiran masa depan bagi tangani isu jurang pendapatan

Dec 31, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA mesti menangani isu ketidaksamaan pendapatan dengan membekalkan rakyatnya dengan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.



"Singapura tidak kebal daripada ketidaksamaan itu. Namun, apa yang membezakan kita dengan negara lain ialah azam untuk membantu rakyat kita memahami cabaran ini, dan melaksanakan huraian untuk merapatkan jurangnya," kata Encik Chan.



Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis ulang tahun ke-30 Persatuan Lembaga Kemajuan Ekonomi malam tadi.



Encik Chan telah mengupas isu ketidaksamaan pendapatan antara negara dan juga dalam negara, sebagai antara cabaran akibat rantai bekalan global yang berubah.



"Kita mesti mengambil tindakan yang ketara dan berkekalan untuk meningkatkan rakyat dan syarikat kita pada jangka panjang," katanya.



Ini bermakna Singapura tidak harus setakat mengambil tindakan populis seperti pengagihan semula daripada hasil yang semakin mengecil pada jangka singkat atau meniadakan persaingan daripada pekerja asing.



"Persaingan yang sebenar bukanlah antara pekerja dan syarikat setempat dengan asing. Persaingan yang sebenar bagi 5 juta rakyat kita ialah dengan 7 bilion warga di luar Singapura," ujarnya.



Sedang pemerintah akur, ada yang mungkin menghadapi kesukaran bersaing dengan dunia luar. Di sinilah, individu dan syarikat yang telah berjaya perlu bertanggungjawab untuk membantu golongan yang belum berjaya.



Pada masa yang sama, pemerintah juga perlu berterus terang dengan rakyat tentang cabaran yang dihadapi dan tidak berpuas hati dengan keadaan sekarang, kata Encik Chan.



Singapura perlu membuat andaian bahawa pihak lain yang lebih mendahagakan kejayaan boleh mendahului negara ini.



Ini sudah pun berlaku dalam beberapa bidang di sektor teknologi infokom, kewangan serta perkilangan lanjutan, kata Encik Chan.



"Pada jangka masa panjang, kita harus membangun negara di mana rakyat dan perniagaannya tidak menakuti persaingan global, tetapi berusaha untuk berkembang maju dengannya.



"Kami akan sedaya upaya mendidik dan melatih rakyat kita, dan membolehkan perniagaan untuk berkembang maju di tengah-tengah persaingan global, dan tidak mengelak daripadanya," ujarnya.



Kata Encik Chan lagi, Singapura akan tetap menghadapi cabaran dari segi keterbatasan tanah, sumber asli dan tenaga manusia.



Tetapi apa yang lebih penting pada masa depan ialah keupayaan untuk mewujudkan sekitaran dan sistem dipercayai untuk menarik modal dan bakat, untuk menjana dan melindungi modal intelek, serta menyediakan sekitaran yang selamat dalam dunia yang berpecah belah.



Di sinilah, peluang bagi Singapura untuk masa depan, kata Encik Chan lagi.



Ekonomi yang kekal menjalin hubungan dan saling memanfaatkan kelebihan masing-masing, akan lebih berupaya untuk membezakan diri dalam keadaan ini.



Syarikat yang boleh menguasai trend dan peralihan global akan menguasai pasaran.



Begitu juga halnya dengan pekerja yang mempunyai kemahiran yang betul, dalam syarikat dan industri yang betul akan membezakan pendapatan daripada yang lain, kata Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >