Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Leong Mun Wai ubah tetapi tidak padamkan pos Facebook mengenai Shanmugam

Mar 25, 2023 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, telah menarik keluar sebahagian kenyataannya pada Khamis, yang dimuatnaik ke Facebook.



Menurut Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, kenyataan asal mengandungi kenyataan tidak benar terhadapnya.



Bagaimanapun Encik Leong tidak memenuhi permintaan Encik Shanmugam, yang dibuatnya di parlimen, supaya menarik keluar seluruh kenyataan tersebut.



Namun begitu, Encik Leong hanya mengeluarkan sebahagian kenyataan yang membawa salah tanggapan yang serius, lapor The Straits Times.



Anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP) itu mengubah bahagian yang mana dia mendakwa Encik Shanmugam yang telah merujuk kepada kes melibatkan bekas pembantu rumah asing, Cik Parti Liyani, di Parlimen sebelum ini sebagai satu percubaan untuk "mengeruhkan" isu berkaitan Encik Lee Hsien Yang dan isteri, Cik Lee Suet Fern.



Encik Shanmugan memberitahu parlimen, Encik Lee dan isteri telah meninggalkan Singapura biarpun setelah menyatakan persetujuan untuk membantu dalam siasatan polis sebelum ini.



Encik Leong juga mengeluarkan satu perenggan yang menyatakan bahawa perbuatan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, dan Encik Shanmugam telah berupaya membuat Parlimen sebagai satu wadah untuk mempengaruhi pendapat orang awam terhadap prosiding jenayah, walhal katanya, ia bukan tindakan bagi Encik Shanmugam untuk menghukum, pada peringkat awal, jika pasangan itu telah menghilangkan diri atau tidak.



Perubahan yang dibuat Encik Leong terhadap kenyataannya itu dilakukan sehari selepas beliau menolak untuk menarik balik beberapa kenyataannya, menurunkan ia dari Facebook serta meminta maaf kepada Encik Shanmugam.



Encik Shanmugam sebelum ini berkata, tindakan Encik Leong sebagai satu perbuatan yang "tidak boleh diterima dan tidak sesuai dengan peraturan Parlimen".



Dalam satu lagi kenyataan yang dimuat naik selepas perubahan itu dilakukan, Encik Leong menjelaskan bahawa beliau berniat untuk menekankan beberapa isu yang berada dalam fikirannya selepas beliau membalas respons Encik Shanmugam mengenai soalan parlimennya berkaitan pasangan itu yang mana Menteri Undang-undang itu telah menjawab pada Isnin.



Beliau mengulangi bahawa beliau tidak berniat menimbulkan salah tanggapan terhadap para menteri, atau untuk bertindak secara tidak sesuai di parlimen, dan telah mengutarakan isu-isu itu "hanya kerana ia adalah minat orang awam."



"Saya telah menimbangkan isu ini dengan lanjut menyusuli prosiding parlimen (pada Rabu) dan telah memutuskan untuk menarik balik kenyataan tersebut dengan mengeluarkannya dari Facebook, yang telah saya mengeluarkan pada malam Isnin. Ini sepatutnya dapat menyelesaikan keprihatinan yang telah diutarakan itu," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >