Lianhe Zaobao (ZB), akhbar utama berbahasa Cina SPH Media dan syarikat SenseTime International (SenseTime) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada Isnin (31 Okt) untuk meneroka kerjasama dalam bidang pendigitalan.
MOU itu ditandatangani antara Cik Loh Woon Yen, Pengarang Urusan, Kumpulan Media Cina, Media SPH; dengan Cik Lien Hui Luen, Pengarah Perkongsian Strategik, SenseTime International, serta disaksikan Cik Lee Huay Leng, Ketua Editor, Kumpulan Media Cina, Media SPH; dan Dr. Xu Li, Pengerusi Eksekutif Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif SenseTime.
MOU itu akan membolehkan ZB memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) SenseTime untuk meningkatkan kandungan visualnya dan menyediakan pengalaman membaca lebih menarik bagi pembacanya.
Kerjasama lain dalam MOU selama setahun itu termasuk mengoptimumkan penghasilan kandungan visual akhbar harian tersebut, meningkatkan usaha penglibatan pembaca edisi dalam talian dan cetaknya, serta menganjurkan aktiviti perkongsian pengetahuan berkaitan AI untuk pengguna dan rakan kongsi ZB.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Lianhe Zaobao teroka kerjasama pendigitalan yang didayakan AI bersama SenseTime
Oct 31, 2022 | 09:10 PM