Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Library@ esplanade ditutup 30 Jun, pindah ke Bras Basah

May 03, 2023 | 05:30 AM



SATU-SATUNYA perpustakaan awam Singapura yang khusus buat seni persembahan - library@esplanade - akan ditutup pada 30 Jun, dengan koleksi serta programnya akan dipindahkan ke Bangunan Perpustakaan Negara di kawasan Bras Basah.



Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) berkata pada Selasa bahawa langkah itu akan membolehkan pihaknya memusatkan sumber seninya di tengah-tengah Daerah Sivik, di mana mereka bakal terletak berdekatan dengan institusi dan pengamal seni lain di kawasan itu.



Institusi itu termasuk Sekolah Seni Singapura (Sota), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Seni Singapura (UAS).



Premis library@esplanade akan diubah kepada ruang seni, komersial



Premis yang kini diduduki library@esplanade akan diubah oleh Esplanade - Teater Di Persisiran kepada ruang seni dan komersial, seperti ruang pejabat bagi Singapore Symphony Group, yang menguruskan Orkestra Simfoni Singapura dan sekutunya.



NLB berkata program popular library@esplanade seperti bengkel apresiasi jaz, pameran karya asli dan tayangan filem, akan dibuat di Bangunan Perpustakaan Negara mulai Ogos.



"Program lain seperti studio muzik, filem, skor muzik dan buku akan disediakan mulai separuh kedua 2024 di Bangunan Perpustakaan Negara," tambah NLB.



Selain itu, Ketua Eksekutif NLB, Encik Ng Cher Pong, berkata:



"Walaupun kami sedih meninggalkan Esplanade, kami juga teruja dengan peluang untuk mencipta sumber seni baru yang dipusatkan di tengah-tengah Daerah Sivik.



"Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan rakan kongsi, termasuk Esplanade dan institusi dan masyarakat seni di sekitar Bras Basah-Bugis untuk mendalami penciptaan, pembelajaran dan apresiasi seni dalam kalangan rakyat Singapura."



NLB akan menganjurkan satu siri acara di library@esplanade pada Jun, termasuk persembahan dan tayangan filem.



Terdapat juga satu pesta pada 30 Jun untuk meraikan hari terakhir operasi perpustakaan.



NLB berkata ia merancang untuk membangunkan kawasan plaza Bangunan Perpustakaan Negara dengan menambah lebih banyak ruang buat persembahan seni dan budaya, serta menyediakan pilihan makanan dan minuman baru.



NLB menambah bahawa ia juga akan mempelawa cadangan-cadangan dan akan berkongsi lebih banyak butiran apabila ia bersedia.



Library@esplanade dibuka pada 12 September 2002 di tingkat tiga bangunan Esplanade.



Ia mempunyai pelbagai jenis bahan seni persembahan seperti lakon layar, notasi tarian dan skor muzik.



Ia juga mempunyai ruang pameran, pentas dengan piano, bilik tayangan dan arkib panggung seni persembahan di Singapura.



Eksekutif jualan, Cik Natalie Chew, 27 tahun, berkata beliau sedih melihat perpustakaan seni persembahan itu dipindahkan kerana ia berbeza dengan perpustakaan awam lain.



"Kenangan terindah saya ialah menyewa DVD filem dan menontonnya di bilik tayangan apabila saya perlu rehat daripada belajar.



"Saya juga menggunakan bilik latihan untuk bermain muzik dengan rakan-rakan saya - mereka menyanyi sambil saya bermain piano.



"Saya seronok pergi ke sana kerana ruang dalam perpustakaan ini luas dan santai, yang menjadi tempat rehat yang baik daripada kesibukan kota," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >